MendukungMempercerahMendidik

Terbitan Baharu: PIPEN

Empat belas hipotesis bagi memacu pembangunan ekonomi Malaysia dan menambahbaiki kesejahteraan rakyatnya telah diuji menggunakan enam algoritma pada suku tahun kedua 2024. Kesemua algoritma percubaan tersebut juga telah menjalankan analisis jurang yang menjadi asas bagi hipotesis kelima belas yang dicadangkan sebagai inisiatif ekonomi tambahan. Kesemua hipotesis ekonomi berkenaan terkandung di dalam sebuah e-book yang boleh dimuat turun dari Kobo, Apple Books atau Google Play Books mulai 18 September 2024.

Mulai 18 September 2024, Pelan Induk Pemulihan Ekonomi Negara (eISBN 9791221065435) boleh dimuat turun dari Kobo, Apple Books atau Google Play Books. Kompilasi lima belas inisiatif ekonomi ini diterbitkan dengan kerjasama Studio IPOTESI ke arah mencetus wacana yang produktif bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia serta membela kesejahteraan rakyatnya.


"Dalam senario ekonomi semasa, dengan pelbagai cabaran dan tekanan yang dihadapi penggubal dasar di Malaysia bahkan juga di negara-negara lain, saya terdorong untuk mengemukakan idea-idea yang diharap dapat membentuk asas kukuh bagi setiap lapisan masyarakat berkerjasama ke arah melindungi masa depan ekonomi tanah air serta menjamin kesejahteraan setiap keluarga dan isi rumah di Malaysia," kata J.R. Abdullah, Pengarah Strategi di Pawana Associates.


J.R. menambah: “Daripada lima belas inisiatif ekonomi yang dicadangkan sebagai PIPEN, empat belas telah diuji dengan menggunakan enam algoritma percubaan semasa program latihan berlanjutan di bawah Projek INGA. Suatu analisis jurang yang telah dilaksanakan dengan memanfaatkan 'enam sekawan' tersebut pada penghujung program latihan mereka juga membentuk asas kepada hipotesis kelima belas; inisiatif ekonomi yang kami namakan Rancangan Mompracem."


Cadangan inisiatif ekonomi yang diketengahkan sebagai PIPEN bertujuan mewujudkan pendekatan yang seimbang antara membangunkan kepentingan ekonomi negara dengan memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia, ke arah membina sebuah ekosistem yang mampan serta berdaya saing bagi melindungi masa depan ekonomi tanah air. Carta, gambarajah dan infografik lain yang terkandung di dalam e-book tersebut boleh dimuat turun dalam versi tanpa logo dari Boutique IPOTESI di Shopify.


“Saya mendoakan agar PIPEN akan menjadi inspirasi kepada setiap lapisan masyarakat Malaysia untuk berkerjasama dalam semangat muhibbah ke arah menghalusi dan melaksana penyelesaian yang paling afdhal bagi menjamin masa depan ekonomi negara dan setiap keluarga kita. Hanya melalui usaha bersama akan dapat kita jadikan Esok lebih baik daripada Semalam,” kata J.R. bagi mengakhiri taklimat.

Siaraya umum ini diterbitkan oleh Studio IPOTESI

Untuk maklumat lanjut: www.jrabdullah.com/terbitan/

Pertanyaan media: prof@jrabdullah.com

Nota kepada Redaksi:

J.R. Abdullah ialah seorang pakar strategi dan pendukung dasar yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, ekonomi dan kewangan. Dilahirkan di Malaysia dan mendapat pendidikan di Australia, beliau menempuhi karier profesional di pelbagai pelosok Asia dan Eropah. J.R. menyelidik dan menghasilkan nukilan bertemakan sosioekonomi dan dasar awam bagi memangkin transformasi positif ke arah pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kesaksamaan sejagat yang lebih terangkum dan mampan. [www.jrabdullah.com]


Pawana Associates ialah sebuah gabungan profesional kepakaran pembangunan strategi dan organisasi dalam bidang pendukungan dasar dan libat urus awam. Memanfaatkan pelbagai kemahiran di seluruh rangkaiannya, daripada sains data dan ekonomi hingga ke komunikasi strategik dan libat urus setempat, Pawana Associates merangka strategi khusus yang berlandaskan analisis mendalam, persediaan lengkap, mobilisasi cekap serta perlaksanaan tepat bagi merealisasikan setiap objektif dan aspirasi. [www.pawana.associates]


Studio IPOTESI dan Boutique IPOTESI membentuk pandangan dan meluaskan penyebaran idea transformatif untuk memangkin perubahan positif di dalam sistem dan dasar sedia ada ke arah ekosistem yang lebih terangkum dan mampan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi, mendukung pembangunan sosial serta mencapai kesaksamaan sejagat. [www.jrabdullah.com/ipotesi-my/]


Project INGA bermatlamat untuk membangunkan kecerdasan buatan generasi baharu bagi mencetus transformasi mampan dalam beberapa sektor utama termasuk keselamatan awam, kesihatan, pengangkutan, keselamatan industri dan pelbagai aktiviti ekonomi. [www.jrabdullah.com/projek-inga/]