MendukungMempercerahMendidik

Pelancaran Rasmi PIPEN

PIPEN memaparkan lima belas hipotesis bagi memacu pembangunan ekonomi Malaysia serta menambahbaiki kesejahteraan rakyatnya, dan kini sedia untuk dimuat turun dari Kobo, Apple Books atau Google Play Books. Diharapkan penerbitan PIPEN akan mencetus wacana produktif pada setiap lapisan masyarakat Malaysia ke arah perpaduan yang lebih kukuh berlandaskan semangat muhibbah.

Mulai hari ini, Pelan Induk Pemulihan Ekonomi Negara (eISBN 9791221065435) boleh dimuat turun dari Kobo, Apple Books atau Google Play Books. Kompilasi lima belas inisiatif ekonomi ini diterbitkan dengan kerjasama Studio IPOTESI bagi mempertingkatkan wacana yang produktif ke arah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia serta menambahbaiki kesejahteraan rakyatnya.


"Penggubal dasar di serata dunia, termasuk Malaysia, sedang menghadapi pelbagai cabaran rumit dalam melaksanakan mandat ekonomi dan memelihara kesejahteraan rakyat di negara mereka. Dalam senario sebegini, saya berharap supaya penerbitan PIPEN akan mendorong setiap lapisan masyarakat berkerjasama ke arah melindungi masa depan ekonomi tanah air serta menjamin kesejahteraan setiap keluarga dan isi rumah di Malaysia," kata J.R. Abdullah, Pengarah Strategi di Pawana Associates.


J.R. menambah: “Daripada lima belas inisiatif ekonomi yang dicadangkan sebagai PIPEN, empat belas telah diuji oleh enam algoritma percubaan semasa program latihan lanjutan di bawah Projek INGA. Analisis jurang (gap analysis) yang telah dijalankan oleh 'enam sekawan' tersebut di penghujung program latihan mereka juga membentuk asas kepada hipotesis kelima belas bagi sebuah inisiatif ekonomi yang kami namakan Rancangan Mompracem."


Cadangan inisiatif ekonomi yang diketengahkan sebagai PIPEN bertujuan mewujudkan pendekatan yang seimbang di antara membangunkan kepentingan ekonomi negara dengan memenuhi keperluan ekonomi rakyat Malaysia, ke arah mewujudkan ekosistem yang mampan serta berdaya saing bagi melindungi masa depan ekonomi tanah air.


“Saya mendoakan agar PIPEN akan menjadi inspirasi kepada setiap lapisan masyarakat Malaysia untuk berkerjasama dalam semangat muhibbah ke arah menghalusi dan melaksana penyelesaian yang paling afdhal bagi menjamin masa depan ekonomi negara dan masa depan setiap keluarga kita. Hanya melalui usaha bersama akan dapat kita jadikan Esok lebih baik daripada Semalam,” kata J.R. bagi mengakhiri taklimat.

Siaraya umum ini diterbitkan oleh Studio IPOTESI

Untuk maklumat lanjut: www.jrabdullah.com/terbitan/

Pertanyaan media: prof@jrabdullah.com

Nota kepada Redaksi:

J.R. Abdullah ialah seorang pakar strategi dan pendukung dasar yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, ekonomi dan kewangan. Dilahirkan di Malaysia dan mendapat pendidikan di Australia, beliau menempuhi karier profesional di pelbagai pelosok Asia dan Eropah. J.R. menyelidik dan menghasilkan nukilan bertemakan sosioekonomi dan dasar awam bagi memangkin transformasi positif ke arah pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kesaksamaan sejagat yang lebih terangkum dan mampan. [www.jrabdullah.com]


Pawana Associates ialah sebuah gabungan profesional kepakaran pembangunan strategi dan organisasi dalam bidang pendukungan dasar dan libat urus awam. Memanfaatkan pelbagai kemahiran di seluruh rangkaiannya, daripada sains data dan ekonomi hingga ke komunikasi strategik dan libat urus setempat, Pawana Associates merangka strategi khusus yang berlandaskan analisis mendalam, persediaan lengkap, mobilisasi cekap serta perlaksanaan tepat bagi merealisasikan setiap objektif dan aspirasi. [www.pawana.associates]


Studio IPOTESI membentuk pandangan dan meluaskan penyebaran idea transformatif untuk memangkin perubahan positif di dalam sistem dan dasar sedia ada ke arah ekosistem yang lebih terangkum dan mampan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi, mendukung pembangunan sosial serta mencapai kesaksamaan sejagat. [www.jrabdullah.com/ipotesi-my/]


Project INGA bermatlamat untuk membangunkan kecerdasan buatan generasi baharu bagi mencetus transformasi mampan dalam beberapa sektor utama termasuk keselamatan awam, kesihatan, pengangkutan, keselamatan industri dan pelbagai aktiviti ekonomi. [www.jrabdullah.com/projek-inga/]