projek inga

AI adalah tonggak masa hadapan

Sebuah projek yang bermula sebagai hobi untuk mencipta algoritma terunggul bagi urusniaga di pasaran kewangan kini berkembang menjadi projek pembangunan kecerdasan buatan generasi baharu.

kenali enam sekawan

AI yang berkhidmat untuk kepentingan insan

Matlamat teras saya adalah untuk merealisasikan manfaat mampan dalam sektor kritikal seperti keselamatan awam, kesihatan, pengangkutan, keselamatan perindustrian dan pelbagai aktiviti ekonomi.

inga

Incredible Next Generation Analytics (INGA) bakal menjadi algoritma teras bagi semua bentuk AI

isabel

Integrated Simulation Algorithm Based on Enhanced Logic (ISABEL) menghasilkan penilaian dinamik

emma

Enhanced Mathematical Model Algorithm (EMMA) adalah enjin pemprosesan generasi baharu

sofia

Synchronised Operations For Integrated Analysis (SOFIA) menghasilkan pelbagai penilaian statik

nadia

News And Digital Information Accumulator (NADIA) mengumpul pelbagai data daripada sumber awam

viana

Variable Integrated Algorithm for News Aggregation (VIANA) berfungsi sebagai saringan laporan berita

ujian alpha bagi sofia

Mencapai ketepatan agregat melebihi 90%

Ujian alpha bagi SOFIA telah dilaksanakan pada tahun 2023, menggunakan pilihanraya wilayah di sebuah negara Asia Tenggara sebagai medan ujian bagi menilai sejauh manakah keupayaan algoritma tersebut.


SOFIA mencapai ketepatan 100% di satu wilayah, ketepatan melebihi 95% di tiga wilayah dan berjaya meramalkan kehilangan "supermajority" di sebuah wilayah lain. Keputusan yang sangat memberangsangkan ini juga telah menzahirkan beberapa pemerhatian tambahan yang seterusnya diserap ke dalam pengaturcaraan EMMA serta ISABEL.


Walaupun Projek INGA tidak dibentuk bagi tujuan ramalan politik, pilihanraya umum digunakan sebagai medan ujian kerana data yang diperlukan tersedia secara meluas di serata rangkaian awam. Saya menantikan peluang bagi menjalankan ujian tambahan ke atas SOFIA, EMMA dan ISABEL di pelbagai pilihanraya umum yang dijadualkan pada tahun 2024 dan 2025.

Kemaskini: Operasi Mompracem
kemaskini mutakhir