J.R. Abdullah mengumumkan pelancaran IPOTESI, sebuah kelompok idea, konsep dan inisiatif khusus yang bertujuan memangkin perubahan positif dalam sistem dan dasar sedia ada untuk menjadi ekosistem yang lebih terangkum dan mampan yang mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan pembangunan sosial dan mencapai kesaksamaan sejagat.
"IPOTESI adalah sebuah projek berwawasan ke arah membina dunia yang lebih baik bagi semua umat manusia, bukan sahaja untuk generasi akan datang bahkan dalam tempoh hayat kita juga," kata J.R. Abdullah, Pengarah Strategi di Pawana Associates.
Projek ini memanfaatkan beberapa platform digital untuk memperluaskan penyebaran idea, termasuk: Butik IPOTESI, saluran e-dagang untuk kandungan digital versi "White Label" (tanpa logo) bagi kegunaan umum; terbitan digital IPOTESI yang tersedia dalam bahasa Inggeris, Itali dan Melayu disokong oleh pengedaran tambahan melalui e-mel dan media sosial; serta Studio IPOTESI, sebuah saluran usahasama bagi penerbitan kandungan digital.
"Kerjasama yang berlandaskan semangat muhibah adalah kekunci kejayaan, dan saya benar-benar percaya bahawa bersama kita mampu menjadikan esok lebih baik daripada semalam." tambah J.R. “Melalui IPOTESI, saya berhasrat untuk mendokong dan menyampaikan idea-idea transformatif dengan jelas dan telus, supaya kita dapat merealisasikan masa depan yang lebih gemilang untuk diri sendiri, anak-anak kita semua serta generasi akan datang,” kata beliau bagi mengakhiri wawancara.
J.R. Abdullah ialah seorang pakar strategi dan pendukung dasar yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, ekonomi dan kewangan. Dilahirkan di Malaysia dan mendapat pendidikan di Australia, beliau menempuhi karier profesional di pelbagai pelosok Asia dan Eropah. J.R. menyelidik dan menghasilkan nukilan bertemakan sosioekonomi dan dasar awam bagi memangkin transformasi positif ke arah pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kesaksamaan sejagat yang lebih terangkum dan mampan. [www.jrabdullah.com]
Pawana Associates ialah sebuah gabungan profesional kepakaran pembangunan strategi dan organisasi dalam bidang pendukungan dasar dan libat urus awam. Memanfaatkan pelbagai kemahiran di seluruh rangkaiannya, dari sains data dan ekonomi hingga ke komunikasi strategik dan libat urus setempat, Pawana Associates merangka strategi khusus yang berlandaskan analisa mendalam, persediaan lengkap, mobilisasi cekap serta perlaksanaan tepat bagi merealisasikan setiap objektif dan aspirasi. [www.pawana.associates]