PIPEN memaparkan lima belas hipotesis bagi memacu pembangunan ekonomi Malaysia serta menambahbaiki kesejahteraan rakyatnya, dan kini sedia untuk dimuat turun dari Kobo, Apple Books atau Google Play Books. Diharapkan penerbitan PIPEN akan mencetus wacana produktif pada setiap lapisan masyarakat Malaysia ke arah perpaduan yang lebih kukuh berlandaskan semangat muhibbah.
Empat belas hipotesis bagi memacu pembangunan ekonomi Malaysia dan menambahbaiki kesejahteraan rakyatnya telah diuji menggunakan enam algoritma pada suku tahun kedua 2024. Kesemua algoritma percubaan tersebut juga telah menjalankan analisis jurang yang menjadi asas bagi hipotesis kelima belas yang dicadangkan sebagai inisiatif ekonomi tambahan. Kesemua hipotesis ekonomi berkenaan terkandung di dalam sebuah e-book yang boleh dimuat turun dari Kobo, Apple Books atau Google Play Books mulai 18 September 2024.
Projek INGA telah menjalani suatu program latihan berlanjutan pada suku kedua tahun 2024, menggunakan maklumat dan data daripada pelbagai sumber. Sebahagian daripada hasil program latihan tersebut telah diserap ke dalam sebuah e-book yang akan dilancarkan pada bulan September 2024.
Projek usahasama dengan Pawana Associates bagi mendokong dan mempercerah idea-idea transformatif ke arah membina masa depan yang gemilang bagi seluruh umat manusia.