Saya seorang pakar strategi dan pendukung dasar yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, ekonomi dan kewangan. Saya menyelidik dan menghasilkan nukilan bertemakan dasar awam dan sosioekonomi bagi memangkin transformasi positif dalam sistem serta dasar yang sedia ada ke arah sebuah ekosistem yang lebih terangkum dan lestari bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kesaksamaan sejagat.
Dilahirkan di Malaysia dan dididik di Australia, saya menempuhi karier profesional di pelbagai pelosok Asia serta Eropah. Kadangkala saya juga menyumbang masa bagi membimbing usahawan baharu yang berpotensi tinggi.